Followers

Thursday, March 17, 2011

Tudung Corak

(sold)Pandangan belakang bunga cinta RM35
(sold) Corak biru RM35
 
(sold) Corak bunga cinta RM35
Ini tudung corak baru kalau ada yang berkenan tu boleh ler email pada saya azuramior@gmail.com atau call Wan 0133672882

Wednesday, March 16, 2011

Doa Pembuka 12 pintu

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Doa ini lengkap dan amat sesuai dijadikan amalan harian. kalau nak panjangkan untuk keluarga, cuma sebut “bukakanlah untukku dan seluruh keluargaku”

Cerita Gigi

Hari isnin lepas, aku pergi check gigi kat ukm chow kit, tapi kat situ rupanya patient akan diambil oleh student. Ingatkan nak check je gigi rupanya kena tampal. Ok ler tampal je dah biasa pun. Aku pun setuju datang semula pada pukul 2 petang selepas menjalani pemeriksaan awal jam 11.00 pagi.


Aku pun menikmati makan tengahari di UKM tapi agak mahal rasanya takpelah maybe kalau student murah agaknya. Jam 2 petang aku pun pergi semula untuk menjalani tampalan. Student bernama Hashim datang memperkenalkan diri dan membawa aku masuk ke bilik untuk membuat tampalan.

Selepas aku membuka mulut dan pemeriksaan dilakukan semula katanya tampalan biasa tak boleh dilakukan, aku kena menjalani pembedahan gingivectomy atau pembedahan untuk membuang gusi yang menutupi gigi. Terperanjat juga ler tapi nak buat macam mana kalau tak dibuang tisu yang lebih itu tidak boleh melakukan tampalan.

Dalam hati macam-macam zikir aku baca supaya semuanya berjalan dengan lancar. Semua equipment yang digunakan memang canggih. Aku tanya sakit tak pada bakal Dr ni, katanya prosesnya seperti membakar daging..macam kita panggang daging dan ada bau macam panggang daging ler. Aduh macam mana ni...aku kena jalani pembedahan ini juga kalau tak gigi tak boleh tampal ni.


Setelah bersedia beliau pun melakukan pembedahan tersebut, tak sakit pun...sebab dah kena bius. Selepas semuanya selesai beliau pun melakukan tampalan.  Semuanya selesai. Keesokkannya aku bangun tidur....tampalan ku tertanggal....Korang bayangkan sakitnya ...nak kumur pun sakit.
Aku terpaksa ke UKM lagi dan melakukan tampalan semula. Tapi ini tampalan sementara dan aku akan jalani lagi tampalan atau pembedahan. Nanti aku cerita lagi nak mandi dulu...bye for now.

Saturday, March 5, 2011

Garam rendam kaki

Assalammualaikum rakan dan taulan,

Meh jenguk-jenguk kedai garam.

Asal usul garam bukit

Garam bukit telah wujud secara semulajadi sejak jutaan tahun yang lalu,  berasal dari sumber alam semulajadi iaitu dari pergunungan Himalaya di sebuah kawasan bernama Karakoram di timur negara Pakistan. Garam Bukit  merupakan sumber yang bersih dan garam yang bebas dari sebarang pencemaran.

Amalan Rasulullah

Garam Gurun menjadi amalan pemakanan Rasulullah SAW. Mengikut kajian pakar sains pemakanan, garam gurun mempunyai pelbagai khasiat. Ia amat berbeza dengan garam biasa yang boleh menyebabkan penyakit darah tinggi dan sebagainya. Amalkan pemakanan dengan Garam Gurun kerana ia adalah sunnah Rasulullah SAW.
Garam ini  boleh:
Melancarkan sistem penghadaman
Meneutralkan asid-asid berlebihan/toksin/angin
Merangsangkan keseimbangan metabolisme badan
Mengimbangi selera makan
Membantu mengatasi masalah sarah dan kekejangan otot
Mengelakkan keracunan makanan
Gastrik,sembelit, ciri-biri, sakit tekak, gangguan suara, keletihan, kelesuan, rasa mengantuk dan daya konsentrasi.
Menyegarkan kaki dari kebas-kebas dan lenguh-lenguh

Cara menggunakan garam

Untuk mandian: masukkan dua genggam garam ke dalam tab mandian dengan air secukupnya untuk melarutkan garam dan biarkan selama lebih kurang 1 jam. Setelah garam larut, isikan air panas mengikut suhu badan.
Untuk Rendam Kaki: Ambil 2 sudu besar garam dilarut di dalam air panas setinggi 1 inci. Rendamkan kaki selama 30 minit.


Harga sepaket
Garam makan RM8
Garam Rendam Kaki RM10

Pos RM4.50

Harga borong :
10 paket  garam makan RM5.00
10 paket garam rendam kaki RM6.00 

Kepada yang berminat untuk membeli atau menjadi pemborong garam bukit bolehlah menghubungi Wan 0133672882 atau Sham 0133422228 email azuramior@gmail.com