Hari isnin lepas, aku pergi check gigi kat ukm chow kit, tapi kat situ rupanya patient akan diambil oleh student. Ingatkan nak check je gigi rupanya kena tampal. Ok ler tampal je dah biasa pun. Aku pun setuju datang semula pada pukul 2 petang selepas menjalani pemeriksaan awal jam 11.00 pagi.
Aku pun menikmati makan tengahari di UKM tapi agak mahal rasanya takpelah maybe kalau student murah agaknya. Jam 2 petang aku pun pergi semula untuk menjalani tampalan. Student bernama Hashim datang memperkenalkan diri dan membawa aku masuk ke bilik untuk membuat tampalan.
Selepas aku membuka mulut dan pemeriksaan dilakukan semula katanya tampalan biasa tak boleh dilakukan, aku kena menjalani pembedahan gingivectomy atau pembedahan untuk membuang gusi yang menutupi gigi. Terperanjat juga ler tapi nak buat macam mana kalau tak dibuang tisu yang lebih itu tidak boleh melakukan tampalan.
Dalam hati macam-macam zikir aku baca supaya semuanya berjalan dengan lancar. Semua equipment yang digunakan memang canggih. Aku tanya sakit tak pada bakal Dr ni, katanya prosesnya seperti membakar daging..macam kita panggang daging dan ada bau macam panggang daging ler. Aduh macam mana ni...aku kena jalani pembedahan ini juga kalau tak gigi tak boleh tampal ni.
Setelah bersedia beliau pun melakukan pembedahan tersebut, tak sakit pun...sebab dah kena bius. Selepas semuanya selesai beliau pun melakukan tampalan. Semuanya selesai. Keesokkannya aku bangun tidur....tampalan ku tertanggal....Korang bayangkan sakitnya ...nak kumur pun sakit.
Aku terpaksa ke UKM lagi dan melakukan tampalan semula. Tapi ini tampalan sementara dan aku akan jalani lagi tampalan atau pembedahan. Nanti aku cerita lagi nak mandi dulu...bye for now.

No comments:
Post a Comment